Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek erkata pusat perkhidmatan parti itu bukan ditutup kerana sokongan lemah masyarakat, tetapi sebaliknya, mereka hanya "mengambil rehat" selepas kempen pilihan raya yang panjang dan meletihkan.

NONE"Itu (penutupan pusat-pusat perkhidmatan) tidak benar.
Selepas tempoh politiking yang panjang selama lima tahun dan tempoh kempen yang sengit, maka banyak orang yang mengambil rehat.

"Pusat-pusat khidmat wakil parlimen memerlukan masa untuk menukar papan tanda mereka kerana mereka bukan lagi ahli Parlimen, begitu juga dengan penyelaras, jadi mereka tidak menutupnya tetapi hanya menyesuaikan diri dengan senario politik baru," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur.

Beliau berkata hakikat bahawa rakyat bercakap mengenai kemungkinan pusat-pusat itu ditutup menunjukkan rakyat masih memerlukan mereka.

"Mengapa mempersoal MCA menutup pusat perkhidmatan selama lima hari atau seminggu apabila DAP sendiri pun tak ada pun pusat perkhidmatan," katanya.

mca presidential council meeting 110513 chua soi lek liow tiong laiSementara itu, Chua berkata, Timbalannya Datuk Liow Tiong Lai akan mengetuai pasukan petugas khas untuk memulihkan parti
selepas kalah teruk dalam pilihan raya umum ke-13 dan laporannya akan dikemukakan kepada jawatankuasa pusat parti.

"Terdapat juga banyak aduan mengenai perbuatan sabotaj dan mereka semua akan dirujuk kepada lembaga disiplin," katanya.

Chua juga menegaskan bahawa MCA akan mematuhi resolusi perhimpunan agung parti itu untuk tidak menyertai kerajaan ekoran prestasi parti itu lebih teruk daripada pilihan raya umum 2008.

[Baca berita penuh]