Dianjurkan oleh NGO hak asasi Suara Rakyat Rakyat Malaysia (Suaram), kira-kira 50 orang yang turut serta terdiri daripada aktivis, mahasiswa dan ahli politik.
Antara plakad menarik kelihatan yang dibawa mereka bertulis: "Apa kita mau? BERSIH-lah". Ia dilihat menjawab laporan kontroversi di muka depan Utusan Malaysia pada 7 Mei lalu berjudul "Apa lagi Cina mahu" - yang menyentuh isu sokongan kaum itu kepada pembangkang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.
Perhimpunan malam tadi juga dilihat sebagai reaksi kepada kenyataan Najib yang menyifatkan keputusan pilihan raya pada 5 Mei memperlihatkan fenomena "tsunami Cina" kepada pembangkang.
Turut hadir beberapa anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), termasuk (Sungai Puyu) dan Dr Afif Bahardin (Seberang Jaya).
Berikut pendapat peserta perhimpunan malam tadi:
Norazrizal Aswad Abdul Rahman, mahasiwa
Pihak yang memanipulasi isu kaum sebenarnya mempunyai agenda sendiri dan keanak-anakan. Ini tidak patut dimainkan oleh orang dewasa.
Permainan pecah dan perintah ini dimulakan oleh penjajah lama dahulu sebelum merdeka, tetapi sekarang nampaknya ia pergi lebih jauh daripada itu.
[Baca berita penuh]