Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hubungan HSBC-pembalak S'wak jadi perhatian
Diterbitkan:  May 14, 2013 5:42 PM
Dikemaskini: 9:45 AM

Global Witness hari ini melancarkan beberapa kempen video bagi menekan gergasi perbankan global HSBC kerana berurusan dengan syarikat pembalakan yang beroperasi di hutan Sarawak.

NONE Video empat minit ala mockumentary (dokumentari berbentuk satira) yang dibintangi oleh William Edgar Oddie itu menceritakan bagaimanapun HSBC - berlawanan dengan dasarnya sendiri - mendanai syarikat yang melanggar piawaian standard perhutanan antarabangsa.

Video itu menjadikan kajian Global Witness, NGO hak asasi antarabangsa, yang pada tahun lalu melancarkan laporan mengutuk HSBC kerana menyokong secara kewangan tujuh syarikat di Sarawak.

Jurucakap Global Witnes berkata, dasar HSBC mensyaratkan pelanggannya memenuhi 70 peratus operasi yang diperaku oleh Forestry Stewardship Council (FSC) - badan antarabangsa tidak bermotif keuntungan yang membuat perakuan bebas aktiviti pembalakan dan produk perhutanan - atau menyamai standard setara sehingga 2009.

"Tiada satu pun perakuan FSC atau perakuan setara dengannya di Sarawak, yang mana kita dan pihak lain menganggapnya sebagai 100 peratus gagal mematuhinya," kata jurucakap itu.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS