Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tinjauan: 81 peratus mahu Anwar berundur
Diterbitkan:  May 15, 2013 2:03 PM
Dikemaskini: 8:08 AM

Satu tinjauan yang dijalankan akhbar bisnes The Edge menunjukkan seramai 81.62 peratus responden mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim bersara susulan kegagalan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pentadbiran negara pada 5 Mei.

NONE Seramai 10,396 daripada 12,736 orang yang mengambil bahagian dalam tinjauan dalam talian itu bersetuju bahawa Anwar “harus bersara memandangkan beliau membuat ikrar tersebut”.

Seramai 18.38 peratus responden lagi berpendapat Anwar harus kekal mengetuai Pakatan memandangkan gabungan parti itu memenangi lebih banyak kerusi berbanding pilihan raya umum 2008.

Responden diminta menjawab sekiranya Anwar harus berundur ekoran kegagalan Pakatan untuk mengambil alih pentadbiran Putrajaya dalam pilihan raya umum 5 Mei.

Ia ekoran kenyataan Anwar yang berulang kali menyatakan untuk bersara dari politik sekiranya Pakatan tidak memenangi pilihan raya.

Dalam wawancaranya dengan Malaysiakini sehari selepas pilihan raya tersebut, Anwar bagaimanapun berkata beliau tidak akan berundur memandangkan tugasnya “belum selesai”.

[Baca berita penuh]

ADS