Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ku Nan kembali ke kabinet selepas 5 tahun
Diterbitkan:  May 15, 2013 6:20 PM
Dikemaskini: 10:24 AM

Selepas 'berehat' selama lima tahun, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, 63, kembali menganggotai kabinet baharu hari ini, memegang jawatan menteri Wilayah Persekutuan.

Anggota parlimen Putrajaya itu merupakan menteri pelancongan pada 2006 hingga pilihan raya umum 2008, lapor Bernama .

Beliau pernah dilantik timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada Janauri 2001 dan pada November 2002, dilantik menteri di Jabatan Perdana Menteri sehingga pilihan raya umum 2004.

Sementara itu, agensi berita nasional juga melaporkan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertukar portfolio dengan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Dalam pengumuman secara langsung dari Putrajaya, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pertukaran itu dengan Ahmad Zahid dilantik memegang jawatan menteri Dalam Negeri manakala Hishammuddin sebagai menteri pertahanan.

Anggota Parlimen Bagan Datoh Ahmad Zahid dilantik sebagai menteri pertahanan pada 2009, manakala anggota Parlimen Sembrong, Hishammuddin memegang jawatan menteri dalam negeri.

Najib turut mengumumkan anggota Parlimen Kudat, Datuk Abdul Rahim Bakri sebagai timbalan menteri pertahanan.

Anggota Parlimen Santubong Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar diumumkan sebagai timbalan menteri dalam negeri.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS