Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Himpunan Kelana Jaya: ADUN PKR didakwa di mahkamah

Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Setia (ADUN) Nik Nazmi Nik Ahmad didakwa bawah Akta Perhimpunan Aman kerana gagal memberi notis 10 hari kepada polis untuk mengadakan perhimpunan mempertikaikan keputusan pilihan raya umum di Kelana Jaya, Selangor sebelum ini.

Beliau sebagai penganjur bagi Pakatan Rakyat dituduh melakukan kesalahan itu pada jam 8.30 malam di Stadium Kelana Jaya.

NONE Nik Nazmi, yang juga ketua komunikasi PKR mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Petaling Jaya Rohana Ayub dan dibebaskan tanpa ikatjamin.

Beliau dituduh bawah seksyen 9(1) yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak lebih RM10,000.

Menurut undang-undang, beliau akan hilang kelayakan sebagai wakil rakyat sekiranya jumlah denda ditetapkan melebihi RM2,000.

Dalam perhimpunan 8 Mei lalu - tiga hari selepas keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13) - lautan manusia membanjiri Stadium Kelana Jaya dengan berpakaian hitam bagi menyatakan bantahan mereka terhadap dakwaan penipuan pilihan raya yang menyaksikan Pakatan gagal menawan Putrajaya.

Perhimpunan yang rata-ratanya dihadiri anak muda itu juga menyebabkan kesesakan lalulintas luar biasa di Kuala Lumpur sehingga lewat pagi.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Shaharuddin Wan Ladin memohon ikatjamin dikenakan kerana menurutnya ia perlu untuk memastikan kehadiran Nik Nazmi di mahkamah.

Bagaimanapun, peguam Eric Paulsan yang mewakili Nik Nazmi membalas bahawa Nik Nazmi bukan sahaja seorang ADUN, tetapi baru sahaja memenangi pilihan raya umum dengan majoriti yang lebih besar, dan oleh itu merupakan seorang anggota masyarakat yang berwibawa.

Rohana kemudian bertanya sama ada Nik Nazmi telah tiba di mahkamah pada masanya apabila disaman malam tadi, dan dijawab benar.

"Tidak akan ada perintah ikatjamin buat sekarang, tetapi mahkamah akan mempertimbangkan jaminan jika beliau tidak hadir untuk pendengaran," katanya.

[Baca berita penuh]

ADS