Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP: Tangkap penjenayah, bukan pemimpin Pakatan
Diterbitkan:  May 17, 2013 7:28 PM
Dikemaskini: 11:33 AM

Ketua polis negara yang baru Tan Sri Khalid Abu Bakar mesti membuang persepsi negatif bahawa beliau mempolitikkan pasukan keselamatan demi kepentingan BN dengan menumpukan kepada usaha membanteras jenayah dan bukan mensasarkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Ketua Menteri Pulau Pinang dap special meeting 110313 lim guan eng Lim Guan Eng ( kanan ) berkata, Khalid mesti membuktikan ikrarnya untuk mengutamakan keselamatan rakyat dan mengembalikan persekitaran yang selamat untuk orang ramai.

"Ikrar tersebut pastinya akan diuji supaya tidak menjadi janji mulut semata-mata tetapi mesti dibuktikan dengan kejayaan menurunkan kadar jenayah di dalam negara," katanya yang juga setiausaha agung DAP.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim berkata, keselamatan awam antara isu pilihan raya umum yang menyaksikan rakyat meluahkan kebimbangan mereka terhadap peningkatan jenayah meski indeks jenayah menurun sebanyak 7.6 peratus dalam tahun 2012.

"Tan Sri Khalid boleh menjadi ketua polis negara yang lebih teruk daripada pendahulunya, kecuali jika beliau boleh menunjukkan kejayaannya membanteras penjenayah dan bukan menguruskan musuh politik BN," katanya.

ADS