Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Waytha yakin selesai isu kerakyatan dalam 5 tahun

Pengerusi Hindraf, P Waythamoorthy berkata beliau dan Hindraf mampu menyelesaikan isu kerakyatan kaum India di negara ini dalam tempoh lima tahun.

Waythamoorthy yang dilantik sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, berkata janji pembangkang untuk menyelesaikan masalah yang sama dalam tempoh 100 hari mereka berkuasa adalah mengelirukan.

"(Ketua Umum PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan menyelesaikan semua isu kerakyatan yang belum selesai di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam tempoh 100 hari. Itulah 20,000 sahaja," katanya.

"Tetapi beliau tidak bercakap mengenai 280,000 lagi kaum India tanpa kerakyatan yang didakwa oleh naib presiden beliau sendiri N Surendran," katanya dalam satu sidang akhbar hari ini.

Waythamoorthy berkata, Hindraf sudah mempunyai mekanisme untuk menyelesaikan isu kerakyatan secara kekal, tetapi dia tidak mendedahkan apakah mekanisme itu.

[Baca berita penuh]

ADS