Azmin: Zahid Hamidi 'bongkak dan bodoh'

Timbalan presiden PKR Azmin Ali menyelar menteri dalam negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mencadangkan agar golongan yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya supaya berhijrah.

Azmin dalam satu kenyataan hari ini menyebut, kenyataan Ahmad Zahid membuktikan bahawa transformasi yang dianjurkan perdana menteri Datuk Seri Najib Razak itu hanya satu kepura-puraan.

Azmin Ali."Adakah ini cara Najib menunjukkan 'kabinet transformasi baru'?

"Tahniah, Zahid! Dengan mengambil sikap angkuh dan pongah sebagai peristiharan pelantikan sebagai menteri, anda menunjukkan kedua-dua sikap bongkak dan bodoh.

"Kita tidak marah pada negara ini kerana ini tanah air kami, ia juga milik anda tapi janganlah bercakap seperti anda dan Umno yang memilikinya. Kesemua kami anak Malaysia adalah pemiliknya dan kami setia kepada Agong dan negara,” kata Azmin.

Azmin berkata rakyat Malaysia berhak untuk menyuarakan kekecewaan dan kemarahan mereka berhubung pilihan raya yang tidak bersih dan bebas.

“Kita tidak bercakap mengenai kecacatan pilihan raya di sana sini. Kita melihat mengenai penipuan sistemik yang dilakukan dalam skala besar,” katanya.

NONENaib presiden Umno itu dalam tulisannya di akhbar milik parti tersebut, Utusan Malaysia pada hari Khamis lalu menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya Malaysia agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara yang menjalankan pilihan raya mengikut kaedah yang digemari.

Beliau yang baru dilantik mengetuai kementerian dalam negeri mensasarkan perkara itu kepada golongan pengikut parti politik yang berpakaian serba hitam dalam kempen bagi membantah keputusan pilihan raya umum ke-13.

“Pemimpin-pemimpin parti pembangkang khususnya PKR dan DAP telah mengelirukan anak-anak muda Cina dan para pengikut yang buta politik untuk berpakaian serba hitam sebagai tanda protes terhadap keputusan PRU-13 yang dianggap memihak kepada mereka mengikut undi popular,” katanya.

“Jika golongan ini mahu menerima pakai list system atau single transferable vote seperti mana yang digunakan oleh negara-negara republik, sepatutnya mereka berhijrah ke negara-negara berkenaan untuk mempraktikkan kepercayaan politik mereka,” katanya.

Tambahnya, Malaysia tidak mengiktiraf undi popular tetapi majoriti mudah seperti yang diamalkan dalam sistem Westminster.

[Baca berita penuh]

 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.