Bekas ketua hakim negara Tun Abdul Hamid Mohamad mempersoalkan keberkesanan Suruhanjaya Ingegriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) yang sejak penubuhannya pada September 2011 hingga penghujung 2012, hanya mengarahkan satu tindakan disiplin dan dua amaran kepada penjawat awam.

Katanya, suruhanjaya itu menumpukan kepada 19 agensi dan beliau merasakan peruntukan RM14 juta untuk tempoh dua tahun itu dikira mahal.

NONE"Untuk menubuhkan agensi baru, kamu perlu mengambil pegawai baru. Mereka kurang pengalaman dan kepakaran. Untuk mengatasi masalah ini, kamu perlu mengambilnya daripada agensi lain atau pinjam mereka.

"Berapa kanankah mereka? Ia terpulang kepada gred kedudukan yang kamu ada. Adakah kamu rasa agensi-agensi ini akan berikan pegawai terbaik mereka?

"Kamu fikir pegawai yang beranggapan mereka mampu pergi jauh dalam perkhidmatan mereka akan memohon menjadi pegawai tetap untuk EAIC, yang peluang kenaikkan pangkatnya terhad," soalnya.

[Baca berita penuh]