Menawarkan gaji lebih tinggi untuk menarik pekerja tempatan hanya akan menyedihkan pekerja asing, menyebabkan golongan itu mencari pekerjaan di tempat lain, suruhanjaya siasatan pendatang asing Sabah diberitahu hari ini.
Pegawai eksekutif Sime Darby Plantations yang bertanggungjawab dalam urusan pekerja asing Jakaria Nasiran berkata, perkara itu menjadi penyebab mereka membayar gaji yang sama untuk setiap pekerja di Sabah, di sebalik gesaan mengutamakan penduduk tempatan.
"Kami tidak mahu diskriminasi warga asing kerana mahu mengekalkan mereka.
"Jika kita beri lebih pada orang tempatan, warga asing akan lari," kata Jakaria menjawab soalan pesuruhjaya RCI Herman Luping.
Beliau juga memberikan penerangan, pekerja asing di Sime Darby Plantations lebih rajin dan produktif berbanding rakyat tempatan.
Ini kerana mereka memikirkan tentang upah yang diterima berbanding cara kerja, katanya.
[Baca berita penuh]
