Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Veteran DAP disiasat berhubung e-mel 'Malaysian Spring'

Penasihat dan pengerusi pengasas DAP Dr Chen Man Hin hari ini disoal oleh polis selama 75 minit ekoran dakwaan bekas naib presiden Tunku Abdul Aziz Ibrahim bahawa e-mel yang dihantar Chan tahun lalu mengandungi perkataan "Malaysian Spring".

Menurut ADUN Bukit Kepayang, Cha Kee Chin yang menemani Chen sebagai peguamnya, pegawai penyiasat datang daripada Selangor ke Seremban untuk merakam percakapan saksi mengikut Seksyen 112, Kanun Acara Jenayah.

"Pegawai polis itu habiskan lebih sejam, melontarkan pelbagai soalan hanya untuk bertanya tentang dua perkataan itu (Malaysian Spring)," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Laporan itu dibuat oleh polis sendiri selepas Tunku Aziz menuduh pembangkang sudah lama merancang konspirasi menggulingkan kerajaan melalui demonstrasi jalanan dan rusuhan sekiranya mereka kalah dalam pilihan raya umum ke-13.

Beliau dilaporkan berkata, seorang pemimpin tertinggi DAP pernah membayangkan demonstrasi terlampau seperti Arab Spring bagi menjatuhkan kerajaan sedia ada.

Tunku Aziz juga mendakwa, Chen yang pernah menyatakan sokongan kepada BERSIH 3.0 selain membayangkan demonstrasi itu sebagai permulaan kepada Malaysia Spring pada 26 April tahun lalu.

[Baca berita penuh]

ADS