Bilangan perkahwinan orang Islam yang didaftarkan di antara penduduk tempatan dengan bukan warganegara di Sabah telah meningkat - daripada hanya 399 pada tahun 2000 kepada
2,545 pada akhir bulan Oktober 2012.
Bagaimanapun, suruhanjaya diraja (RCI) yang menyiasat pendatang tanpa izin di Sabah diberitahu bahawa kes lelaki tempatan mengahwini wanita asing mengatasi yang lain.

Terdapat 10,922 kes wanita asing berkahwin dengan lelaki tempatan, berbanding dengan 8,859 lelaki warga asing yang berkahwin dengan wanita tempatan.
Pegawai pengendali, Azmi Ariffin memberitahu pengerusi RCI,
Tan Sri Steve Shim ini mungkin boleh menjelaskan mengenai ledakan penduduk asing di Sabah.
"Apakah sebab bagi pertambahan penduduk? Ia mungkin kerana ramai warga asing yang berkahwin dengan penduduk tempatan," kata Azmi kepada panel RCI di kompleks mahkamah Kota Kinabalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Islam Sabah dan ketua pendaftar perkahwinan dan perceraian Sabah, Baharuddin Alwi memberi keterangan bahawa kebanyakan wanita asing yang berkahwin dengan lelaki tempatan adalah dari Indonesia dan Filipina.
Bagaimanapun, kerakyatan orang asing asing yang berkahwin dengan wanita tempatan adalah berbeza, dan mereka termasuk Bangladesh, Afghanistan dan Algeria.
Baharuddin juga memberitahu panel bahawa gadis semuda 13 tahun, juga, berkahwin dan ia dengan keizinan Mahkamah Syariah.
Menjawab soalan dari peguam pemerhati, John Sinkuyan, beliau berkata pihaknya tidak mengesan di mana pasangan terbabit selepas mereka berkahwin.
"Tetapi saya dapat katakan sebahagiannya berada di Sabah," kata Baharuddin.
Terdahulu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat, Muhd Azan Hussin berkata terdapat 1,455 kanak-kanak tanpa kerakyatan yang berusia enam hingga 18 tahun di bawah jagaan kerajaan negeri.
Beliau percaya mereka adalah hasil perkahwinan warganegara dengan bukan warganegara dan keluarga yang memasuki Sabah tanpa dokumen.
[Baca berita penuh]
