Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Video lucah: Mustafa fail pembelaan
Diterbitkan:  May 23, 2013 4:05 PM
Dikemaskini: 8:07 AM

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali, peguam Asmuni Awi dan Ketua Pengarang Harakahdaily Zulkifli Sulong memfailkan pembelaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur berhubung saman Umno terhadap mereka ekoran isu penyebaran video lucah menjelang pilihan raya lalu.

Peguam Zulhazmi Sharif hari ini memfailkan pembelaan itu di Mahkamah bagi pihak ketiga-tiga defendan itu, lapor Harakahdaily .

Zulhazmi yang ditemui di lobi Mahkamah memberitahu pihaknya menerima saman dari Umno yang meletakkan Datuk Ab Rauf Yusoh sebagai plaintif berhubung dengan berita mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Mustafa.

Jelasnya lagi, pengurusan kes akan diadakan pada 16 Jun ini, lapor akhbar web parti Islam itu lagi.

Tetuan Mumtaz Md Nawi & Co mewakili Zulkifli (defenden ketiga), manakala Tetuan Awi & Co bertindak sebagai peguamcara bagi Mustafa dan Asmuni (defendan pertama dan kedua).

Sebelum itu Umno pada 23 April lepas menfailkan saman fitnah terhadap Mustafa, peguamnya dan HarakahDaily kerana didakwa mengaitkan parti itu dengan penyebaran video lucah yang dikatakan mirip Mustafa itu.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS