Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis bebas 18 individu ditahan di balai Jinjang

Polis telah membebaskan 18 individu termasuk empat wanita yang ditahan ketika berhimpun di depan Balai Polis Jinjang malam tadi.

    

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata mereka yang berumur antara 22 dan 54 tahun itu dibebaskan dengan ikat jamin polis setelah keterangan mereka diambil.

    

Kesemua 18 individu itu ditahan ketika berhimpun di depan Balai Polis Jinjang, lokasi aktivis mahasiswa pakatan rakyat Adam Adli Abdul Halim ditahan.

    

Mereka ditangkap kerana gagal mematuhi arahan polis supaya beredar selepas diberi masa 10 minit.

    

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS