"Mengapa ambil anak saya?" begitulah ratapan ibu N Dharmendran, 31, yang mati dalam tahanan, sewaktu upacara pengebumian di rumah mereka di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur, hari ini.

NONESaraswathi, 58, meratap bahawa kini tiada siapa lagi yang akan menjaganya, kerana anaknya sudah tiada lagi.

Saraswathi (tengah dalam gambar) tidak dapat menahan kesedihannya ketika duduk di sebelah keranda anaknya, dengan pipinya dibasahi air mata.

Suaminya, G Narayanasamy, 59, hanya mampu merenung sepi. Matanya digenangi air mata, sambil tangannya berdoa. Kira-kira 100 orang hadir memberi penghormatan terakhir kepada Dharmendran.

NONESaraswathi meraung beberapa kali sambil tangannya meraut wajah anaknya.

Menantu perempuannya, J Marry, 28, duduk di kerusi dan sekali sekala menyentuh kaki suaminya itu, atau bergerak ke sisinya, sambil tangannya menggeletar mengusap rambut, pipi dan badan yang kaku itu.

N Surendran, peguam keluarga tersebut menggesa kematian Dharmendran disiasat dan beliau percaya anggota polis yang menangkap Dharmendran bertanggungjawab terhadap kematiannya.

NONEBercakap dalam satu sidang akhbar di ibupejabat polis kontinjen Kuala
Lumpur, Surendran (kiri) yang juga naib presiden PKR dan ahli parlimen Padang Serai, turut menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengambil tindakan segera dalam perkara itu.

"Mereka memegang kuasa untuk membawa perubahan supaya tidak ada orang lain lagi yang akan mati dalam lokap," katanya.

[Baca berita penuh]