Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Datuk Paul Low hari ini meletak jawatan sebagai Presiden Transparency International Malaysia (TI-M) susulan pelantikannya sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini.

    

NONE TI-M dalam satu kenyataan berkata dalam mesyuarat jawatankuasa eksekutifnya hari ini, Datuk Akhbar Satar yang juga Timbalan Presiden, dipilih peneraju baru TI-M bagi penggal 2013/2014.

    

Selain itu, Prof Datuk Mohamad Ali Hasan dipilih sebagai Timbalan Presiden, manakala Setiausaha Agung dimenangi Dr Loi Kheng Min dan jawatan Bendahari menang tanpa ditandingi oleh Mohamed Raslan Abdul Rahman, kata kenyataan berkenaan.

    

TI-M yang mengucapkan tahniah kepada Low turut menyifatkan pelantikan itu sebagai pengiktirafan terhadap organisasi berkenaan selaku institusi yang meneraju perjuangan menentang rasuah.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS