Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis akan rayu keputusan tolak permohonan reman

Polis akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan majistret yang menolak permohonan untuk perintah tahanan reman ke atas tiga aktivis pembangkang berhubung siasatan di bawah Akta Hasutan 1948.

    

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata perkara itu merupakan prosedur biasa apabila sesuatu keputusan mahkamah tidak memihak kepada polis.

    

"Apa yang saya ingin beritahu ialah saya tiada niat untuk mencampuri urusan pihak polis, ini merupakan kaedah biasa apabila keputusan tidak memihak kepada polis, jadi rayuan akan dilakukan sebelum pertuduhan boleh dibuat oleh polis," katanya kepada pemberita selepas rancangan bual bicara Hello Malaysia kelolaan Bernama TV malam tadi.

Ahmad Zahid berkata beliau sentiasa menghormati keputusan mahkamah dan tidak akan mempertikaikannya dan polis juga mempunyai prosedur tersendiri apabila berdepan perkara sedemikian.

    

Semalam, Anggota Parlimen Batu Tian Chua dan aktivis pembangkang Haris Ibrahim serta Tamrin Ghafar ditahan berhubung ceramah mereka di Dewan Perhimpunan Cina di sini pada 13 Mei lepas, yang didakwa berbaur hasutan.

    

Bagaimanapun, permohonan polis untuk mendapatkan perintah tahanan reman terhadap ketiga-tiga individu ditolak dan mereka dibebaskan serta-merta.

- Bernama

1. Tiga pemimpin Pakatan, NGO dibebaskan


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS