Ketua AMK Negeri Sembilan Nazree Yunus berkata berkata polis memaklumkan kepadanya mengenai pendakwaan tersebut dan meminta beliau hadir pada jam 8.30 pagi esok di Mahkamah Sesyen Seremban.
Katanya, beliau pendakwaan itu dijangka dijalankan mengikut Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman kerana tidak memaklumkan kepada polis dalam tempoh 10 hari sebelum perhimpunan di Seremban, Negeri Sembilan.
Nazree ketika dihubungi berkata beliau dimaklumkan mengenai pendakwaan itu pada jam 4.30 petang ini.
Pendakwaan itu adalah berhubung perhimpunan pada 17 Mei lalu di Oakland Park, Seremban.

