Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berhubung penggunaan dakwat kekal yang didakwa tidak kekal semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas.

Anwar membuat laporan itu pada pukul 12.30 tengah hari di balai polis Tropicana dekat Kuala Lumpur, berdekatan dengan ibu pejabat PKR, mendakwa dakwat kekal yang dicalit di jarinya tidak kekal selepas mengundi.

"Saya mengundi pada pukul 9.30 pagi di Kubang Semang, Parlimen Permatang Pauh. Saya basuh jari yang dicalit dakwat kekal pada pukul 5 petang pada hari yang sama dan saya dapati dakwat itu hilang," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis itu.

Ditanya kenapa mengambil masa yang lama untuk membuat laporan polis, Anwar berkata: "Selepas mengundi, saya sudah balik ke Kuala Lumpur dan tidak dapat membuat laporan polis pada hari yang sama."

Isterinya Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail, yang juga presiden PKR, mengiringi Anwar semasa membuat laporan polis itu.

Pada 21 Mei lepas, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan pihaknya telah menubuhkan pasukan khas bagi mengenal pasti punca yang menyebabkan dakwat kekal yang digunakan pada PRU13 tidak kekal lama selepas dicalit.

-Bernama

ADS