Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
DAP suara kekecewaan peruntukan exco S'gor
Diterbitkan:  May 31, 2013 11:53 AM
Dikemaskini: 4:18 AM

DAP telah menyuarakan kekecewaannya tentang jumlah jawatan exco kerajaan negeri Selangor yang telah diperuntukkan kepada parti itu.

Dalam satu kenyataan petang semalam, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, parti itu sepatutnya menerima lebih jawatan exco selepas memenangi lebih banyak kerusi di Selangor.

Ketika mengalu-alukan pelantikan ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, menjadikannya wanita pertama memegang jawatan itu di Malaysia, Lim turut melahirkan kekecewaan berhubung peruntukan jawatan exco.

"Pencapaian bersejarah beliau bagi pihak DAP berjaya mengubat kekecewaan yang dirasakan oleh DAP dalam pengumuman barisan Exco oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini, meski pun memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum yang lalu.

"Walaupun kecewa, DAP akan terus bergerak maju dan berharap supaya Tan Sri Khalid Ibrahim akan menepati komitmen beliau kepada DAP untuk memberikan lebih banyak ruang untuk memainkan peranan pada masa akan datang," kata Lim.

Dalam pilihan raya umum lalu, DAP memenangi 15 kerusi DUN di Selangor, bertambah dua erusi daripada tahun 2008, manakala PAS pula memenangi 15 kerusi dan PKR 14 kerusi. BN pula menang 12 kerusi DUN

Berikutan ini, DAP telah diperuntukkan tiga jawatan exco. PAS pula diperuntukan empat jawatan exco, bertambah satu berbanding dengan penggal lalu.

Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad dilaporkan mendakwa bahawa pihak istana Selangor mempunyai peranan dalam menentukan komposisi jawatan exco negeri dan telah mengenakan syarat ke atas komposisi etniknya.

Bagaimanapun, setiausaha sulit Sultan Selangor semalam menafikan kenyataan Khalid itu dan menjelaskan kelewatan memuktamadkan barisan exco itu disebabkan oleh menteri besar ke luar negeri untuk rawatan perubatan.

Kritikan tidak langsung Lim itu mungkin menimbulkan rasa tidak senang sekutu Pakatan Rakyat, khususnya PAS.

Selama dua penggal berturut-turut, Lim sebagai ketua menteri Pulau Pinang, telah meminggirkan PAS dalam barisan exco negeri itu. PAS menang satu kerusi DUN di Pulau Pinang.

[Baca berita penuh]

ADS