Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang bersara pada 2003 supaya jangan cuba menguasai kerajaan sekarang.

Karpal secara berseloroh berkata perbuatan tersebut dilihat seperti memperlekehkan pentadbiran Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

karpal singh police report tun mahathir 230508 Sebalik, kata Karpal, Mahathir sepatutnya menurut jejak langkah bekas-bekas perdana menteri sebelum ini yang menjalani kehidupan peribadi selepas bersara.

"Mereka tidak berbuat apa-apa untuk mempengaruhi kerajaan semasa," katanya dalam satu sidang akhbar di Air Itam hari ini..

Begitu jugalah, tambah Karpal, yang berlaku di negara-negara lain.

Malah di Amerika, tegasnya, sebaik sahaja presiden bersara, beliau tidak campurtangan dalam pentadbiran.

Karpal merujuk kepada kenyataan Mahathir semalam yang menggesa kerajaan supaya jangan lagi memberi muka kepada pembangkang yang menurutnya terus menghina sistem demokrasi negara.

[Baca berita penuh]

ADS