Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAHB denda kontraktor lewat siapkan KLIA2
Diterbitkan:  Jun 18, 2013 5:40 PM
Dikemaskini: 9:43 AM

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) telah mengenakan denda hampir RM200,000 sehari ke atas kontraktor KLIA2, berkuatkuasa mulai 16 Jun atas kelewatan menyiapkan lapangan terbang itu.

NONE MAHB berkata usahasama UEMC-Bina Puri telah gagal menyiapkan bangunan terminal utama pada 15 Jun.

Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia lewat semalam, MAHB berkata, mengikut syarat-syarat kontrak, MAHB mengeluarkan sijil tidak siap (CNC) semalam kepada UEMC-Bina Puri JV, kontraktor bangunan terminal utama, kerana gagal menyiapkannya pada tarikh akhir yang diluluskan 15 Jun 2013.

LAD atau denda yang dikenakan kepada kontraktor yang gagal menyiapkan kotrak, sebanyak RM199,445.40 setiap hari dituntut mulai 16 Jun 2013.

NONE Projek KLIA2 itu dijadual dirasmikan pada 28 Jun sempena ulang

tahun ke-15 Lapangan Terbang Antarabangsa KL.

Tiada tarikh siap baru diumumkan untuk lapangan terbang syarikat penerbangan kos rendah itu, yang kini 90 peratus siap.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

ADS