Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Ketua Pemuda MCA Wee Ka Siong menafikan dakwaan bekas setiausaha penganjur parti tersebut, Tee Siew Keong berhubung satu titah Sultan Johor mengenai jawatan exco negeri.

NONE Tee sebelum ini mendakwa beliau dititahkan oleh Sultan Johor supaya mewakili masyarakat Cina dalam exco kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Wee berkata beliau mengesahkan sendiri dengan baginda sultan dalam satu pertemuan pada 24 Mei, bahawa baginda tidak menamakan Tee untuk mengisi jawatan tersebut.

Katanya, Sultan Johor hanya menitahkan bahawa baginda mahu rakyatnya diwakili di Johor.

“Baginda mahu seorang wakil Cina dan kita ada tiga (ADUN) Cina di Johor,” kata Wee dalam satu sidang media di ibu pejabat MCA petang ini.

Tiga wakil rakyat berkenaan adalah Tee, Teoh Yap Kun (MCA-Paloh) dan Lau Chin Hoon (Gerakan-Pemanis).

[Baca berita penuh]

ADS