Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kesatuan: Arahan darurat harus libatkan pekerja
Diterbitkan:  Jun 24, 2013 6:07 PM
Dikemaskini: 10:15 AM

Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Bank (NUBE) menuntut perdana menteri memasukkan pekerja sekali apabila mengisytiharkan darurat di Muar dan Melaka ekoran krisis jerebu.

Setiausaha agungnya J Solomon berkata, tidak cukup dengan menutup sekolah di kawasan yang memasuki paras bahaya kerana ibu bapa yang terdedah kepada kualiti udara buruk tidak akan memberi manfaat kepada anak-anak mereka.

NONE Solomon ( kanan ) berkata, Malaysia mempunyai tanggungjawab moral untuk melindungi golongan pekerja daripada penyakit, seperti ratifikasi (pengesahan) dalam Konvensyen Pertubuhan Pekerja Antarabangsa 2006 berhubung garis panduan keselamatan dan kesihatan pekerja.

"Kami (Nube) mendesak bank yang mempunyai cawangan di Muar dan Melaka menutut tempat mereka dan pekerjanya tetap di rumah bersama keluarga sehingga bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) menunjukkan peningkatan lebih baik.

"Sementara di kawasan bacaan IPU memasuki tahap bahaya, pekerja yang mempunyai masalah pernafasan (patut) diberikan cuti tanpa rekod dan despatch (penghantar barang) dibenarkan tinggal di rumah," kata Solomon.

[Baca berita penuh]

ADS