Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tiga dihukum penjara cederakan petinju negara
Diterbitkan:  Jun 28, 2013 3:54 PM
Dikemaskini: Nov 17, 2017 4:03 AM

Mahkamah Sesyen di Johor Bahru menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada tiga tertuduh yang didakwa mencederakan peninju negara Muhamad Farkhan Mohd Haron.

Hakim Zamri Bakar menjatuhkan hukuman terhadap Tunku Nick Tazuddin Izwan Syah Tunku Qadir, 28, Alex Foo Hee Wee, 42, dan Mohamad Arif Husin selepas mendapati ketiga-tiga individu tersebut bersalah kerana menyebabkan kecederaan kepada Farkhan.

Katiga-tiga individu tersebut diperintahkan menjalani hukuman bermula hari ini apabila hakim menolak permohonan mereka untuk menangguh pelaksanaan hukuman sebelum membuat rayuan.

Peguam Gobind Singh Deo bertindak sebagai peguam pemerhati bagi peninju kebangsaan tersebut, yang pernah memenangi pingat emas dalam temasya Sukan SEA.

[Baca berita penuh]

NOTA EDITOR: Laporan sebelum ini menyatakan Tunku Nick sebagai kerabat diraja Johor. Jumaah Majlis Diraja Johor menjelaskan bahawa beliaubukan kerabat diraja Johor. Malaysiakini memohon maaf berhubung kesilapan itu.

 

ADS