Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Siasat Taib lama kerana banyak dokumen, saksi'

Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Taib Mahmud berpanjangan ekoran jumlah dokumen dan saksi yang banyak untuk diteliti penyiasatnya.

"Terdapat banyak dokumen dan banyak pihak terlibat, begitu juga saksi di pelbagai tempat (di seluruh negara)," kata penolong pesuruhjaya bahagian siasatan SPRM Lim Bee Kean di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya hari ini.

Kata Lim, sehingga kini, SPRM meneliti 400 fail dan kenyataan dirakamkan daripada lebih 20 individu yang dipercayai berkaitan kes itu.

Berhubung video terkini Global Witness yang menunjukkan saudara Taib mendakwa dapat memperoleh tanah dengan mudah daripada ketua menteri dan cuba menjualnya kepada pelabur, Lim berkata, pasukan khas dibentuk selari dengan siasatan sedia ada.

Selepas video itu bocor di Internet, pasukan 10 penyiasat SPRM dibentuk bagi menjalankan siasatan.

Sementara itu, dalam kenyataannya hari ini, SPRM menjelaskan, mereka tidak pernah berhenti daripada menjalankan siasatan berkenaan kes Taib, tanpa secara bebas, telus,profesional serta tanpa rasa takut dan memihak.

Menurut suruhanjaya itu, soal Taib tidak bekerjasama tidak timbul kerana beliau menafikan pernah menyifatkan SPRM sebagai " naugty and dishonest" (nakal dan tidak jujur) dan tidak akan bekerjasama.

[Baca berita p enuh]

ADS