Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pegawai SPR didakwa rasuah kontrak kenderaan PRU
Diterbitkan:  Jul 2, 2013 12:26 PM
Dikemaskini: 11:48 PM

Seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dituduh menerima suapan RM80,000 daripada sebuah agensi pelancongan bagi membantu mendapatkan kontrak bekalan kenderaan untuk kegunaan pemerhati asing semasa pilihan raya umum ke-13 lalu, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Muhammad Firdaus Mohd Ramli, 34, setiausaha bahagian analisis data SPR dan pengurus operasi Syarikat Mega Lavendar Sdn Bhd Fizal Kamaruddin, 33, didakwa menerima wang daripada Mohd Nor Mokhid untuk membantu Syarikat Southair Travel and Tours Sdn Bhd bagi tujuan itu.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Al Rawsha, No 8, Jalan Kampung Pandan, Kuala Lumpur kira-kira jam 1 petang pada on 16 Oktober tahun lalu.

Kesalahan bawah Seksyen 16 (a) (A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. Jika sabut kesalahan boleh dihukum maksimum 20 tahun penjara dan denda lima kali nilai suapan.

Mereka mohon dibicarakan.

ADS