Tak perlu penyelaras di kawasan BN, kata Umno

Umno Pulau Pinang mengecam langkah kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP untuk melantik penyelaras di kawasan dimenangi BN dalam pilihan raya umum lalu.

Ketua pembangkang negeri Jahara Hamid berkata, lantikan itu bersifat "politik" kerana anggota dewan undangan negeri (ADUN) sudah berkhidmat di kawasan itu sejak bertahun-tahun.

NONE"Mereka kata untuk (memberi) perkhidmatan kepada rakyat dan kami tertanya-tanya jika mereka ada alasan lain dengan melantik penyelaras," katanya.

Jahara (kanan) berkata, wakil rakyat BN sedia bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk membantu rakyat, sekali gus menolak dakwaan Ketua Menteri Lim Guan Eng bahawa mereka enggan membantu pentadbiran sedia ada.

Malah, katanya, ADUM mereka juga sedang melakukan pendaftaran untuk anugerah tahunan berbentuk wang tunai untuk warga emas dan ibu tunggal.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.