Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri berkata kerajaan setakat ini berjaya menahan tiga warga asing yang mengambil peluang untuk bekerja sebagai pemandu teksi dengan menggunakan permit individu lain.

Katanya, pemantauan perlu diteruskan untuk memastikan golongan warga asing tidak terlibat dalam pekerjaan tersebut.

"Ada (warga asing membawa teksi). Memang kita tahu. Sebab itu, minta yang berhormat menjadi duta asing kepada SPAD (Suruhnajaya Pengangkutan Awan Darat) supaya memberitahu kepada rakyat jangan naik teksi yang dipandu orang asing

"Kalau tahu maklumat, sila maklumkan. Sememangnya mereka tidak boleh," katanya bagi menjawab soalan lisan ahli parlimen Datuk Ahmad Hamzah (BN-Jasin) berhubung dakwaan warga asing memandu teksi dengan menggunakan permit teksi orang lain .

Berdasarkan statistik, Nancy berkata pihak berkuatkuasa telah membuat tangkapan terhadap seorang Pakistan dan dua warga Iran.

"Kita tidak menafikan (ia berlaku) tetapi ia tidak dibenarkan," katanya yang juga ahli parlimen Batang Sadong.

ADS