Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Penunjuk perasaan bergembira di pelbagai pelosok Kaherah sambil melaungkan slogan protentera dan meletupkan bunga api selepas tentera menggantung perlembagaan dan menggulingkan Presiden Mohamed Morsi awal pagi ini.

Kelihatan lelaki, wanita dan kanak-kanak mengibarkan bendera Mesir merah, hitam dan putih Mesir ke udara, penunjuk perasaan duduk di bahu dan anggota keluarga bergambar di Dataran Tahrir, pusat demonstrasi yang menarik jutaan orang keluar menentang Morsi dan Ikhwanul Muslimin.

"Rakyat dan tentera seiring bersama," mereka bersorak.

Dua tahun lalu, di Tahrir terdapat perayaan hampir sama selepas Hosni Mubarak ditumbangkan dan Morsi diangkat sebagai presiden pertama dipilih rakyat.

Bagaimanapun popularitinya merosot pada tahun yang sama beliau diangkat ke jawatan itu. Pembangkang liberal dan kiri menuduhnya menolak kompromi dan gagal menangani masalah politik dan ekonomi yang mendesak.

[Baca berita penuh]

ADS