Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Dr Asri: Terima Islam kerana kesedaran, bukan paksaan
Diterbitkan:  Jul 4, 2013 9:15 AM
Dikemaskini: 6:53 AM

VIDEO 7.21min

WAWANCARA Ibu atau bapa yang memeluk Islam dicadang tidak terburu-buru mengislamkan anak-anak kecil mereka, sebaliknya memberi pendidikan Islam sehingga mereka cukup matang untuk memilih agama sendiri.

Ia dibuat bekas mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainal Abidin dalam satu wawancara dengan Malaysiakini dua minggu lalu.

Menurut Asri, pendidikan Islam oleh seorang Muslim kepada anaknya adalah hak yang perlu ditunaikan walaupun anak-anak itu dijaga oleh bekas pasangan yang bukan Muslim.

NONE "Anak diserah kepada emak pun tidak mengapa tetapi oleh kerana Islam adalah agama rasmi dalam negara ini, agama Persekutuan dalam negara ini, hendaklah diperuntukkan bahawa hak bapa untuk mengajar Islam kepada anak (perlu ditunaikan)," katanya.

Jelasnya, cadangan itu bukanlah satu hukum namun ijtihad (pendapat) ulama yang mengambil kira aspek perundangan negara dan kemaslahatan (manfaat) untuk anak itu sendiri.

Menurut Asri, tahap kematangan anak-anak itu untuk memilih agamanya boleh dibincangkan menurut peruntukan undang-undang.

"Umur matang atau umur baligh kita boleh bincang kerana kita bukan berurusan dengan masalah hukum tetapi masalah Perlembagaan," katanya.

Tafsiran 'tiada paksaan dalam agama'

Jelasnya, beliau maklum bahawa hukum fikah zaman dahulu menetapkan agama anak perlu mengikut agama salah seorang ibu atau bapanya yang Muslim.

azlan Namun katanya, mengambil kira tafsiran ayat Quran tentang "tiada paksaan dalam agama" yang dibuat sarjana Ibnu Kathir, beliau percaya Islam perlu diterima kerana kesedaran dan bukan kerana paksaan.

"Ayat ini turun antara sebabnya, kata Ibnu Kathir, adalah kerana bapa orang-orang Ansar masuk Islam dahulunya menyerahkan anak-anak mereka kepada (orang) Yahudi.

"Apabila mereka masuk Islam, mereka rasa kesedaran untuk ambil balik anak mereka supaya menjadi Muslim bersama mereka.

"Lalu Allah turunkan (ayat) tidak ada paksaan dalam agama. Ertinya anak sendiri tak boleh dipaksa (memeluk Islam).

"Sebab apa? Kerana Islam diterima sebab kesedaran, bukan sebab paksaan," katanya.

Polemik S Deepa

Polemik pengislaman kanak-kanak bawah umur mula dibincangkan apabila S Deepa, 29, mendakwa suaminya N Viran, 30, yang memeluk Islam, mengambil anak mereka - Mithan, 5 dan Sharmila,8 - dari tadika di Jelebu April lalu dan mengislamkan mereka.

malaysia parliament parlimen building 050907 front Deepa menggesa Pusat Dakwah Islamiah Paroi yang menjadi tempat kanak-kanak itu diislamkan agar membatalkan proses itu kerana beliau tidak pernah bersetuju dengan tindakan itu.

Sidang parlimen kali ini juga hangat membincangkan rang undang-undang kontroversi yang memberi hak kepada ibu atau bapa menukar agama anak bawah umur.

Ia adalah pindaan kepada Seksyen 107(b) Rang Undang-Undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah Persekutuan) (Pindaan) 2013 yang akan memberikan hak menukar agama kanak-kanak di bawah umur 18 tahun kepada salah seorang ibu bapa yang telah memeluk Islam.

ADS