Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kewujudan "Red Bean Army" yang dikaitkan dengan DAP tidak mustahil kerana BN juga mempunyai pasukan pejuang siber mereka yang sebahagian ahlinya tidak diketahui identitinya.

Menurut pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Samsudin Rahim, kedua-dua bala tentera itu sebahagian daripada komponen media dalam politik Malaysia.

NONE "Kalau kita nak kata Red Bean Army (ada), saya rasa BN juga banyak troopers (tentera) yang namanya tak didedah.

"Apabila dah kata namanya troopers , ia dah jadi macam peranglah.

"Sesiapa sahaja yang dapat 'sampai', tepat 'bunuh' orang dengan ketepatan mesejnya, dialah yang akan menang," katanya sewaktu bercakap pada forum "Media dan pilihan raya umum 2013" di Kuala Lumpur pagi ini.

Menurutnya, Red Bean Army, jika benar wujud tidak boleh dianggap sebagai jahat melainkan terbukti melakukan kesalahan di sisi undang-undang.

"Jadi kita tak boleh salahkan Red Bean Army. Kalau ada kesalahan dia, ada undang-undang yang kita patut bawa dia.

"Yang kita hendak supaya apabila perkara ini dah menjadi sebahagian besar daripada kehidupan kita, kita hendak orang yang menggunakannya menjadi lebih beretika.

"Ada had batasan dan sebagainya dalam lingkungan yang boleh dan (yang) tidak (boleh)," katanya lagi.

Beliau turut memuji BN yang tetap berjaya menguasai 133 daripada 222 kerusi Parlimen dalam keadaan keterbukaan dan ketelusan maklumat yang disebarkan media.

"Kita kena terima, nak dapat dua pertiga bukan senang dengan perubahan masyarakat dan orang ramai sekarang juga lebih tahu isu dan integriti kerajaan.

"Kalau dulu (sebarang isu) boleh sorok-sorok bawah karpet, sekarang ini orang boleh selongkar bawah karpet tarik semua sekali bawa keluar," jelasnya.

Forum itu dianjurkan Kementerian Komunikasi dan Multimedia serta Universiti Teknologi Mara.

ADS