Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

 VIDEO

Menteri  Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa pembangkang menjadi pengacau yang ingin menimbulkan huru-hara dengan menyokong pemansuhan Akta Hasutan.

"Ini semua pengacau. Dan pengacau itu pembangkang kerana mereka seperti mahu keadaan negara menjadi huru-hara. Itu yang mereka mahu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di lobi Parlimen ketika beliau sendiri ditanya mengenai pendiriannya berhubung pemansuhan akta berkenaan.

"Anda tahu apa nak jawab," katanya apabila ditanya lanjut sama ada beliau tidak menyokong pemansuhan itu.

Sementara itu, beliau turut ditanya mengenai hasil kajian badan pemantau rasuah Transparency International (TI-M), yang mendapati bahawa institusi paling korup di dalam negara ialah pasukan polis.

Mengulas perkara itu, Tengku Adnan berkata tidak adil sekiranya hanya pihak polis yang dipersalahkan dalam isu tersebut semata-mata.

Tengku Adnan berkata, kerajaan kini sedang berusaha untuk menangani persepsi masyarakat ke atas rasuah, yang menurutnya boleh dibenteras sekiranya pemberi wang berhenti daripada memberi rasuah.

"Ini adalah persepsi. Kita sekarang sedang berlawan dengan perang persepsi. Kerajaan telah meletakkan segala usaha untuk memastikan gejala rasuah ini dibenteras.

"Bila cakap mengenai rasuah, mesti ada pemberi... tak adil kalau kita nak kata polis lebih banyak menerima rasuah. Itu tak adil. Ini persepsi awak tahu?

"Perkara utama ialah saya rasa tiada pemberi dan tiada menerima. Pemberi itu perlu berhenti," katanya lagi.

ADS