Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bekas IGP: Ganti Akta Hasutan perlu lebih tegas
Diterbitkan:  Jul 14, 2013 3:14 PM
Dikemaskini: 11:41 PM

Bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor berkata kerajaan perlu memperkenalkan akta baru dengan peruntukan yang “lebih ketat dan tegas”, sekiranya undang-undang tersebut akan digubal untuk menggantikan Akta Hasutan.

Abdul Rahim dalam satu wawancara disiarkan Berita Minggu hari ini berkata, kerajaan perlu bertindak demikian memandangkan Akta Hasutan merupakan undang-undang yang mampu menjamin keharmonian antara kaum.

“Jika betul akta ini hendak dimansuhkan, kerajaan perlu mewujudkan satu akta yang boleh merangkumi isu keselamatan rakyat dan keharmonian kaum, seperti pepatah Inggeris 'put the same wine in the different bottle',” katanya seperti dikutip dalam wawancara tersebut.

Katanya, beliau lebih suka jika akta lama yang dikuatkuasa sejak pengisytiharan darurat 1948 itu dikekalkan dan hanya dipinda jika perlu.

“Saya tidak nampak kewajaran ia perlu dimansuhkan. Mungkin perlu dilakukan pindaan. Apa sebab ia perlu ditiadakan?,” soalnya.

Beliau memberi amaran bahawa kerajaan tidak seharusnya menggadaikan kepentingan jangka panjang – yang dinyatakannya sebagai “keharmonian dan perpaduan kaum”, demi mencapai keuntungan jangka pendek.

Abdul Rahim berkata beliau sedar dengan janji Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan Akta Hasutan – dan juga persepsi bahawa BN akan dilihat tidak menepati janji sekiranya tidak berbuat demikian.

Namun tindakan memansuhkan undang-undang keselamatan sebelum ini juga tidak memberi membantu BN dalam pilihan raya umum 5 Mei, katanya lagi.

“Apa yang saya lihat banyak juga akta berkaitan keselamatan sebelum ini dimansuh atau dibuang kerajaan, tetapi ia tidak membantu pun meningkatkan kemenangan BN (dalam pilihan raya umum 5 Mei).

ADS