Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur memutuskan bahawa Naib Presiden PKR, Tian Chua telah dipilih dengan sewajarnya dalam pilihan raya umum pada 5 Mei lalu.

azlan Ketika membatalkan petisyen yang difailkan oleh Setiausaha Agung Pemuda Gerakan, Dominic Lau, Hakim Datuk Zabariah Mohd Yusof memutuskan bahawa petisyen BN itu cacat.

"Mahkamah membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh responden pertama," katanya.

Beliau memutuskan bahawa antara alasan mahkamah menolak petisyen Lau adalah ia difailkan melalui peguamnya yang berbeza yang tidak diberi kuasa olehnya dan atas alasan ini sahaja permohonan itu patut dibatalkan.

Katanya, tidak ada perkhidmatan petisyen pilihan raya yang betul menurut Peraturan Petisyen Pilihan Raya. Oleh itu, atas alasan tersebut petisyen tersebut adalah cacat.

Hakim Zabariah, dalam menjelaskan kes Batu itu kemudiannya, berkata mahkamah juga menimbangkan permohonan untuk merujuk perkara itu denda Tian Chua kepada Mahkamah Persekutuan juga dibatalkan.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh, yang mewakili Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), tidak memohon kos terhadap BN. Ini menyebabkan berlaku pertengkaran antara Amarjeet dan peguam Edmund Bon, yang hadir bagi pihak naib presiden PKR itu.

Akhirnya, Hakim Zabariah membenarkan kos RM50,000 yang perlu dibayar oleh Lau kepada Tian Chua.

Pada keseluruhannya, kata hakim, petisyen itu turut dibatalkan, kecuali jika Lau mahu merayu terhadap perkara itu.

"Kemudian anda bawanya ke sana (Mahkamah Persekutuan)," katanya

Terdahulu, Hakim Zabariah memutuskan bahawa kerusi Parlimen Titiwangsa dikekalkan oleh BN selepas membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh BN.

Beliau memutuskan bahawa salah satu alasan yang dibangkitkan tentang dakwat kekal, mampu dicuci dan seterusnya 30 laporan polis dibuat, adalah fakta yang tidak boleh disokong sebagai tidak mematuhi mana-mana undang-undang bertulis.

azlan

Hakim Zabariah juga memutuskan bahawa dakwaan rasuah,pempetisyen gagal menyediakan butiran mengenai siapakah pekerja BN dalam memberi RM50, air mineral dan sebungkus makanan atau sama ada pengundi telah didorong atau dipengaruhi oleh perbuatan yang dikatakan itu.

Akibat kegagalan itu, katanya, membuat petisyen itu menjadi cacat.

Mengenai kerugian ini, peguam kanan persekutuan Alice Loke memohon kos sebanyak RM50,000 dari calon PAS, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi, manakala peguam BN, Mohd Hafarizam Harun memohon RM30,000.

Akhirnya, Hakim Zabariah memutuskan kos RM40,000 yang akan dibayar oleh Ahmad Zamri kepada SPR dan RM30, 000 kepada calon BN yang menang, Datuk Johari Abdul Ghani.

Petisyen di Lembah Pantai

Hakim juga mendengar petisyen pilihan raya bagi Parlimen Lembah Pantai yang difailkan oleh Mohd Sazali Kamilan, di mana Hafarizam memohon untuk membatalkan SPR dan pegawai pengurus pilihan rayanya daripada petisyen tersebut.

Hafarizam juga berkata, anak guamnya bersedia untuk membayar kos RM5,000 kepada SPR dan juga Izzah Nurul.

NONE Bon dalam membangkit bantahan awal terhadap petisyen tersebut berkata calon BN, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, telah gagal

memberi butiran berhubung artikel Malaysiakini yang didakwa memfitnah beliau dalam sidang akhbar oleh Nurul Izzah berhubung soal tanah di Bukit Kiara.

"Tambahan pula, Raja Nong Chik juga telah memberi respons kepada artikel tersebut dan ini juga telah dilaporkan dalam portal ini," katanya.

Oleh itu, Bon atas alasan tersebut berkata, Raja Nong Chik juga telah gagal untuk menunjukkan bagaimana artikel itu telah menyebabkan ia secara tidak wajar telah mempengaruhi pengundi.

Di samping itu, Bon berhujah bahawa Raja Nong Chik bukan pempetisyen, kerana pempetisyennya ialah Sazali dan "kita tidak nampak mengapa isu ini dibangkitkan".

Hafarizam mengemukakan kepada mahkamah tiga kes petisyen pilihan raya di Kelantan, yang akan dibicarakan, sebagai asas untuk menunjukkan pengaruh yang tidak wajar daripada artikel Malaysiakini.

Raja Nong Chik telah memfailkan saman terhadap Nurul Izzah dan Malaysiakini berikutan penerbitan artikel tersebut.

[Baca berita Penuh]

ADS