Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Video | 1.47 minit

Penulis blog seks Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini dibenarkan ikat jamin sejumlah RM30,000 tiap seorang dengan dua penjamin oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Mahkamah membenarkan ikat jamin RM10,000 bagi setiap pertuduhan. Alvin dan Vivian masing-masing menghadapi tiga tuduhan di Mahkamah Sesyen.

Hakim Datuk Mohd Azman Husin, yang membenarkan ikat jamin itu bagaimanapun mengenakan tiga syarat ketat, termasuk pasport mereka harus disimpan di mahkamah.

Mahkamah juga menetapkan mereka berdua tidak boleh muat naik dan menggunakan alat peranti komunikasi perangkaian (smartphone) untuk memasukkan komen atau artikel yg menyentuh hal agama dan sensitiviti kaum.

Dalam kamar, hakim juga menetapkan bahawa kedua duanya diminta hadir lapor diri di balai polis terdekat pada setiap 1 haribulan.

Pada 18 Julai lalu, Alvin Tan dan Vivian dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap tiga pertuduhan berhubung tindakan mereka mempersendakan umat Islam dan Ramadan alam Facebook serta mempamerkan gambar-gambar lucah dalam blog mereka.

Mereka kemudiannya memfailkan permohonan semakan kehakiman terhadap keputusan Mahkamah Sesyen tidak membenarkan mereka diikat jamin terhadap tuduhan tersebut.

Mahkamah Tinggi hari  ini membenarkan permohonan semakan kehakiman itu, dan membenarkan mereka diikat jamin dengan dua penjamin. 

[Baca berita penuh]

1. AG jelas sebab Alvin, Vivian tak dibenar ikatjamin

2. Tiada ikat jamin Alvivi 'keterlaluan', kata peguam

3. Alvivi mohon semakan keputusan tak benar ikatjamin

4. Alvin, Vivian didakwa hari ini, tak dibenar ikatjamin

ADS