Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
# Fast4Malaysia anjur satu hari berpuasa perpaduan

Satu kumpulan menggesa rakyat semua kaum dan agama untuk bertemu dan berpuasa untuk satu hari sebagai tanda perpaduan rakyat Malaysia dan menggalakkan kefahaman.

NONE Datin Paduka Marina Mahathir (kanan) , salah seorang penganjur acara bertajuk # Fast4Malaysia, berkata program itu bertujuan untuk menggalak perbincangan dan perpaduan.

"Jadi, kita fikir apa yang kita boleh lakukan yang akan membawa rakyat bersama? Dan inilah idea kami," katanya dalam satu sidang akhbar ketika melancarkan program tersebut hari ini.

Beliau berkata program itu hanya dicadangkan empat hari lalu sebagai respons kepada sikap "tidak sensitif dari semua pihak" baru-baru ini dan hakikat bahawa program itu diadakan pada bulan Ramadan adalah satu kebetulan.

Program itu, yang akan diadakan Rabu depan, berharap untuk menggalakkan orang ramai bersama-sama dengan rakan-rakan berkongsi pengalaman mereka  berpuasa, dan pihak penganjur juga akan mengadakan majlis berbuka puasa.

NONE Niki Cheong (kanan), seorang lagi penganjur berkata, beliau berharap

program itu akan menggalakkan orang ramai lebih sensitif antara satu sama lain, dan menimbang apa yang boleh menyinggung perasaan, terutamanya apabila mereka di talian.

"Bagi saya, apabila kita mengadakan program yang sama pada 2009, itu adalah kali pertama saya berpuasa," kata Cheong, "Ia sudah tentu memberikan saya perspektif baru dan satu penghargaan."

[Baca berita penuh]

ADS