Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Sokong pemimpin diterima parti dan rakyat

dikemaskini Presiden Umno dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa perwakilan dalam pemilihan Umno yang akan datang supaya menyokong pemimpin yang bukan sahaja diterima oleh parti, tetapi lebih penting lagi, oleh rakyat.

"Jika Umno hendak diterima rakyat  dan menjadi parti pilihan rakyat, kena ketengahkan pemimpin yang disenangi rakyat, jadi mereka dapat mencerminkan imej positif di kalangan rakyat.

"Saya yakin ahli Umno akan dapat memilih pemimpin yang boleh meletakkan Umno di atas asas lebih kukuh, bahawa kepimpinan itu diterima oleh parti dan rkayat.

"Inilah yang paling penting kerana kita bukan saja hendakkan pemimpin yang berjaya dalam parti tetapi juga dalam pilihan raya umum.," kata Najib dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Umno mesyuarat Majlis Tertinggi di Kuala Lumpur ini petang.

Najib berkata pemimpin itu adalah penting kerana mereka akan membawa parti ke dalam pilihan raya umum akan datang.

"Perkara yang paling penting ialah kita bukan sahaja mahu pemimpin untuk berjaya dalam parti tetapi juga dalam pilihan raya umum," katanya.

Sementara itu, Bernama melaporkan Najib mengumumkan pemilihan jawatan Majlis Tertinggi (MT) Umno akan diadakan serentak dengan mesyuarat perwakilan bahagian pada 5 Oktober ini.

    

Katanya, pemilihan jawatan tertinggi sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno akan diadakan secara berasingan pada 28 September ini.

Beliau turut mengumumkan Perhimpunan Agung Umno akan diadakan pada 2 hingga 7 Disember ini.

    

Mereka yang berminat bertanding jawatan MT, bahagian dan sayap pergerakan parti boleh mendaftar sebagai calon di badan Perhubungan Umno Negeri pada 7 September ini.

Lebih 150,000 perwakilan Umno daripada 191 bahagian di seluruh negara akan membuat pemilihan pucuk pemimpinan parti tahun ini selaras dengan pindaan perlembagaan baharu parti itu.

    

Najib berharap dengan pemilihan berdasarkan perlembagaan baru itu, ahli Umno akan memilih pemimpin yang boleh meletakkan parti itu pada asas yang lebih kukuh.

    

Dalam pada itu, Najib turut memaklumkan jumlah keseluruhan anggota Umno setakat ini adalah kira-kira 3.4 juta orang.

    

Ini termasuk pertambahan anggota baru setakat 22 Julai lepas berjumlah 113,959 yang terbahagi kepada ahli biasa (9,043), Pergerakan Wanita (17, 841) Pergerakan Pemuda (48,867) dan Pergerakan Puteri (38,208).

    

- Bernama

ADS