Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shahrin dan seorang warga emas Anne Ooi hari ini didakwa atas tuduhan berhubung perhimpunan haram dan kekacauan di depan bangunan Parlimen pada 24 Jun lalu.

Kedua-duanya merupakan antara 33 aktivis dan siswa yang dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini ekoran perhimpunan tersebut.

Seramai 17 daripadanya juga didakwa atas tuduhan merusuh dalam semasa perhimpunan tersebut, yang diadakan bagi mendesak agar pemimpin dan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya meletak jawatan.

Tertuduh yang kebanyakannya memakai baju hitam, tiba di mahkamah seawal jam 9 pagi tetapi hanya dikemukakan di mahkamah empat jam selepas itu.

Kumpulan berkenaan turut menyanyikan lagi sementara menunggu pendakwaan tersebut.

Turut didakwa ialah pemimpin siswa Adam Adli Abdul Halim dan Mohd Safwan Anang.

Sembilan daripada 33 individu berkenaan merupakan pelajar dan selebihnya 11 orang peniaga kecil-kecilan, 11 orang pekerja dan dua surirumah.

Mereka menghadapi hukuman sehingga enam bulan penjara atau denda atau kedua-duanya sekiranya disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 143 Kanun Keseksaan atas kesalahan perhimpunan haram.

Bagi kesalahan mengikut Seksyen 147, mereka menghadapi hukuman dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekiranya disabit kesalahan.

Individu lain yang turut didakwa ialah Ahmad Shauqie Abdul Aziz, Muhammad Al Fateh Abd Adzis, Ahmad Syukri Che Abd Razak, Mohammad Yaser Shaikh Abd Rahman, Muhammad Aiman Hakim Zainal Ariffin, Lim Sue Pei, Mah Chee Hoe dan Tong Chan Sang.

Turut didakwa, Abdullah Hassan, Muhammad Akram Ahmar, Muhammad Hafizuddin Yahya, Mohd Zairi Shafa’ai, Mohd Sofian Mat Dali, Mohd Mus Ab Abd Habib, Norazimah Mohamad Nor, Muhammad Aliff Hafiz Zainuddin, Ahmad Hizami Mohd Hazir, M Mythreyar, Lew Chee Kong, Ungku Amer Faez Ungku Fauzie, Hong Chee Wang dan Norazizi A Aziz.

Enam yang lain ialah Shariful Azmir Mustaf, Amirul Syazwan Narzaruddin Jamil, Edy Noor Reduan, Md Sani Shah, Wan Noor Faril Azli Wan Haron dan Mohd Fauzy Mohd Yusof.

[Baca berita penuh]

ADS