Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Umno mahu polis siasat isu gambar SK Pristana
Diterbitkan:  Jul 30, 2013 1:43 PM
Dikemaskini: 9:20 AM

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar menggesa agar polis menjalankan siasatan ke atas ibu bapa murid berkenaan, yang didakwa menyebarkan gambar kontroversi menunjukkan murid sekolah makan di bilik persalinan.

NONE Umno Selangor menggesa polis menyiasat kes penyebaran gambar kontroversi yang menunjukkan murid sekolah makan di bilik persalinan SK Seri Pristana mengikut Akta Hasutan.

Noh menggesa agar polis menjalankan siasatan ke atas ibu bapa murid berkenaan, yang didakwa bertanggungjawab atas perbuatan tersebut.

"Saya mahu pihak polis siasat penjaga murid yang timbulkan isu ini di bawah Akta Hasutan. Beliau patut rujuk kepada PIBG kalau ada masalah dan bukan memperbesarkan isu ini," kata Noh dalam laman sosial Facebook miliknya. 

Noh yang dipetik dalam laporan Utusan Online itu juga meminta Jabatan Pendidikan Negeri tidak mengambil tindakan terhadap guru besar.

NONE MP Tanjong Karang itu mendakwa, guru besar terbabit Mohamad Nasir Mohd Noor yang diarah bercuti sejak 25 Julai lalu, telah menjalankan tugas dengan baik.

Beliau juga mendesak ibu bapa berkenaan perlu meminta maaf kerana didakwanya membuat tuduhan palsu hingga menimbul kekecohan seluruh negara.

Pada Khamis lalu Pemangku Ketua Polis Selangor Datuk A Thaiveegan dilapor memberi amaran untuk mengenakan tindakan mengikut Akta Hasutan ke atas individu yang menyebar gambar menunjukkan murid bukan Islam makan di bilik persalinan di sekolah itu.

Bagaimanapun keesokkannya harinya beliau menafikan laporan bahawa beliau memberi amaran untuk mengenakan tindakan mengikut akta itu ke atas individu terbabit dan mendakwa kenyataannya disalah petik oleh "akhbar tertentu".

ADS