Liwat II: Mohd Yusof tolak dakwaan rasuah

Bekas timbalan peguam cara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menggesa pihak yang menuduh pendakwaan dalam kes Liwat II mengambil rasuah supaya menyemak pengendalian semasa prosiding, termasuk rekod prestasi mereka.

NONEMohd Yusof (kanan) yang mengetuai pihak pendakwaan dalam perbicaraan itu memberitahu Malaysiakini, beliau tidak akan melayan dakwaan seumpama itu kerana bentuknya yang boleh dipersoal dan tidak menamakan sesiapa dengan khusus.

"Saya hanya boleh katakan, jika orang ramai melihat pengendalian pendakwaan dalam kes ini, sudah cukup untuk mereka tahu siapa saya. Tengok rekod prestasi semasa saya dengan Pejabat Peguam Negara (AGC)," katanya.

"Saya percaya pihak yang membuat dakwaan itu tidak berada dalam mahkamah untuk memerhati saya. Kamu sudah lihat saya di mahkamah, jadi kenapa kamu masih percaya (dakwaan itu)? Saya tertanya-tanya siapa yang membuat dakwaan ini. Saya tidak menyerang kerajaan."

Mohd Yusof merujuk kepada dakwaan calon BN Permatang Pauh dalam pilihan raya umum lalu Mazlan Ismail yang mendakwa menerima "surat misteri" menyatakan tertuduh dalam kes liwat itu Datuk Seri Anwar Ibrahim merasuah hakim dan timbalan pendakwaraya.

Manakala Pengerusi DAP Karpal Singh - yang turut dituduh menerima bayaran guaman RM50 juta daripada Anwar, seperti didedahkan Mazlan Ismail.

Anwar dan Karpal menafikannya dan membuat laporan polis berhubung perkara itu semalam.

[Baca berita penuh]
 



PERINGATAN: Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.