Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rumah wartawan Bernama dipecah masuk
Diterbitkan:  Aug 8, 2013 6:31 AM
Dikemaskini: 10:32 PM

Seorang wartawan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) kehilangan tiga buah komputer riba, sebuah kamera digital dan wang tunai RM2,000 apabila rumah yang disewanya di SS2, Petaling Jaya dipecah masuk petang semalam.

    

Teoh Hwei Meng, 35, yang bertugas di Meja Bahasa Mandarin berkata sebaik sahaja tiba di rumahnya kira-kira pukul 6.30 petang beliau  terkejut melihat pintu pagar serta pintu depan rumahnya terbuka luas.

    

"Saya memberanikan diri dan masuk untuk memeriksa di dalam dan mendapati rumah saya telah digeledah dan barangan dalam bilik saya berselerak.

    

"Kebetulan rakan serumah saya juga baru balik dan kami segera ke Balai Polis Sea Park untuk melaporkan kejadian tersebut," katanya.

    

Teoh tinggal di kawasan itu sejak lima tahun lepas dan ini kali pertama kediamannya dipecah masuk.

    

Beliau berkata kawasan kediamannya pernah mengalami kejadian pecah rumah, kecurian kereta serta ragut dan berharap polis dapat meningkatkan rondaan terutama pada musim perayaan ini kerana ramai daripada jiran-jirannya meninggalkan rumah disebabkan bercuti panjang.

    

- Bernama

ADS