Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

VIDEO

Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu menafikan dakwaan bahawa bekas Perdana Menteri, Tun  Abdullah Badawi telah meminta beliau bersara setahun sebelum pilihan raya umum 2008.

"Pak Lah tidak pernah minta saya bersara atau apa-apa," katanya sambil menambah bahawa tiada siapa yang boleh beritahunya bila beliau perlu bersara dan menegaskan bahawa ia adalah haknya.

Samy Vellu memberitahu pemberita demikian semasa menghadiri majlis hari terbuka Aidilfitri di rumah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Abdullah dalam buku baru yang baru diterbitkan bertajuk 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia'. [Baca berita penuh]

 Media hari ini melaporkan petikan Abdullah dalam bukunya bertajuk 'Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia' bahawa Samy Vellu telah diminta bersara sebagai presiden MIC, kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum 2008 tetapi beliau (Samy Vellu) menolaknya dengan tegas.

   

Sementara itu Bernama melaporkan, Samy Vellu ketika diminta mengulas masa depan politik anaknya Vell Paari dalam MIC, berkata: "Anak saya tidak berbincang dengan saya mengenai soal politik...corak pemikiran kami adalah berbeza."

   

Mengenai pemilihan MIC akan datang, katanya sebagai bekas presiden, beliau tidak seharusnya bercakap apa-apa berkaitan perkara itu kerana parti itu kini dipimpin oleh orang lain (Datuk Seri G. Palanivel).

   

"Biar dia (Palanivel) membawa perubahan atau apa sahaja yang dia mahu. Sejak tiga tahun lepas, saya tidak pernah membuka mulut mengenai MIC tetapi saya masih terus berkhidmat untuk rakyat. Saya buat kerja dan turun padang untuk menemui rakyat dan ke pejabat.

   

"Setiap hari, lebih 100 orang datang berjumpa saya kerana mereka tahu saya boleh membantu menyelesaikan masalah mereka," katanya.

   

Mengenai kenyataan timbalan pengarah strategik MIC, Datuk R. Ramanan bahawa beliau tidak harus campur tangan dalam pemilihan parti, Samy Vellu, yang tersinggung dengan soalan itu, berkata beliau tidak mahu mengulas.

ADS