Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata, PAS perlu tampil dengan cadangan membina untuk menangani kes pembunuhan dengan senjata api yang semakin membimbangkan.

Oleh yang demikian, isu berkenaan akan ditimbulkannya dalam mesyuarat PAS Pusat pada Ahad ini bagi membincangkan cadangan untuk membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menangani kes berkenaan.

Katanya beliau yakin PAS yang dianggotai bekas pegawai kanan polis dan tentera akan dapat menubuhkan satu pasukan bertindak untuk bertukar pendapat bagi mencari penyelesaian dalam isu berkenaan.

"Saya rasa dengan hanya menuding jari kepada PDRM tidak akan menyelesaikan masalah. Jadi saya rasa semua pihak termasuk PAS dan mungkin NGO lain yang berperanan, sama-sama berganding bahu.

"Saya juga yakin bahawa PAS sebagai parti besar dalam negara juga patut memberi peranannya.

"PAS punya ramai tokoh-tokoh yang bersama terdiri daripada bekas pegawai tinggi PDRM dan ATM.

“Saya yakin sekiranya satu saluran dibentuk dapat membantu dari segi idea dan pelan tindakan terhadap perkara ini," katanya lagi.

ADS