Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
KJ: Nak kritik Nazri, ukur baju di badan sendiri

Individu yang mengkritik Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana melantik anaknya sebagai pegawai khas perlu melihat diri mereka sendiri terlebih dahulu, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata, mereka yang mengkritik Nazri, tidak mungkin dapat menjadi seperti menteri itu terutamanya ketika berada di Parlimen.

NONE "Mereka yang mencabar Nazri perlu lakukan seperti apa yang dia buat di Parlimen. Secara bersendirian beliau melawan pembangkang. Kamu fikir boleh buat begitu?" tanya Khairy di Twitternya.

Ketua Pemuda Umno itu berkata lagi, mereka yang mengkritik Nazri juga perlu "mengukur baju di badan sendiri" - peribahasa Melayu yang membawa maksud supaya seseorang itu perlu tahu kebolehan diri sendiri.

Kenyataan Khairy itu dibuat selepas beberapa kumpulan prokerajaan melahirkan rasa tidak puas hati di atas keputusan Nazri melantik anaknya Muhammad Nedim sebagai pegawai khas.

Nama Nedim pada mulanya disenaraikan di laman web Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sebagai "pegawai khas" tetapi kemudiannya ditukar kepada "pegawai khas kepada Ahli Parlimen Padang Rengas (isu-isu GenY)".

Antara kumpulan yang mengkritik Nazri ialah NGO Jaringan Melayu Malaysia (JMM) dan beberapa blogger Unit Media Baru Pemuda Umno yang mengatakan bahawa pelantikan itu sebagai "nepotisme" dan "mencemarkan imej Umno".

[Baca berita penuh]

ADS