Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Urusniaga RM4 bilion Johor dipersoal di DUN
Diterbitkan:  Aug 20, 2013 11:04 AM
Dikemaskini: 3:29 AM

Dalam mesyuarat pertama sidang dewan undangan negeri Johor ke-13, ketua pembangkang negeri Dr Boo Cheng Hau membidas kerajaan negeri kerana masih gagal menjelaskan butiran di sebalik satu urusniaga bernilai RM4 bilion.

Menurutnya, kerajaan negeri sebelum ini melunaskan hutang negeri sebanyak RM700 juta menggunakan wang jualan aset Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB).

Namun katanya, sejak sidang DUN ke-12 sehingga kini mereka masih gagal menjelaskan ke mana perginya baki RM3.3 bilion daripada urusniaga bernilai RM4 bilion itu.

johor state assembly sitting 190813 boo cheng hau 02 "Rakyat Johor mempunyai hak untuk dimaklumkan sebab penjualan aset SAJH tidak dapat menjelaskan hutang kerajaan negeri sekaligus dengan harga jualan sebanyak RM4 bilion," kata anggota dewan undangan negeri (ADUN) Skudai itu.

SAJH adalah syarikat konsesi pembekal air negeri sementara PAAB dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan.

Anehnya kata Boo ( kanan ), walaupun urusniaga itu membantu mengurangkan hutang kerajaan negeri, pendapatan kerajaan negeri menurun sebanyak 17.7 peratus (RM181 juta) pada tahun 2011 dan belanjawan pada tahun sama pula mengalami defisit sebanyak RM148 juta.

Pada Mac 2009 kerajaan negeri menandatangani satu perjanjian menjual aset SAJH kepada PAAB.

Di bawah pelan itu, PAAB akan menyewakan aset itu kepada SAJH bagi membolehkannya terus membekalkan air kepada negeri.

ADS