Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bas terbabit nahas dalam senarai hitam polis
Diterbitkan:  Aug 22, 2013 12:30 PM
Dikemaskini: 9:28 AM

Bas yang terjunam ke dalam gaung di Genting Highlands semalam telah disenaraihitamkan oleh pihak polis.

NONE Semakan Malaysiakini mendapati bas itu tidak pula ada dalam

senaraihitam Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ). Ini mengikut lamanweb JPJ.

Ketika dihubungi, seorang jurucakap JPJ berkata senarai hitam itu merujuk kepada saman terkumpul, manakala saman polis trafik berbeza dengan saman JPJ.

Bagaimanapun, katanya, JPJ tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai nahas bas tersebut kerana ia masih menunggu laporan daripada pihak polis.

Seorang wakil syarikat bas Genting Highlands Transport Sdn Bhd, yang memiliki bas tersebut, berkata dia tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai senarai hitam tersebut.

NONE "Orang yang bertanggungjawab dalam hal ini akan masuk tidak lama lagi, jadi saya nasihatkan anda menelefon kemudian," katanya.

Beberapa akhbar hari ini melaporkan mangsa nahas tersebut mendakwa bahawa kemalangan itu, yang mengorbankan 37 orang dan dikatakan yang paling buruk dalam sejarah Malaysia, adalah akibat kegagalan brek.

Bas yang berkapasiti memuat 44 penumpang itu mengangkut 53 orang pada masa kemalangan itu yang berlaku berhampiran Tokong Chin Swee dalam perjalanan turun menuju ke Kuala Lumpur.

Pihak berkuasa berkata bahawa lebih separuh daripada penumpang adalah warga asing dari China, Bangladesh dan Thailand.

[Baca berita penuh]

ADS