Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Shafie: Kalau ada calon dari Sabah, pilihlah yang 'afdal'

Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal tetap dengan keputusannya untuk mempertahankan jawatannya itu dalam pemilihan parti itu Oktober ini walaupun terdapat pemimpin dari Sabah yang berminat bertanding jawatan tersebut.

Katanya lagi, sekiranya berlaku situasi demikian, maka beliau menyeru supaya ahli memilih pemimpin yang 'afdal'.

NONE "Kalau ada (pemimpin) datang dari Sabah, pilihlah yang lebih afdal. Tapi saya yakin tak ada. Kalau ada, pilihlah yang afdal, kalau tak keberatan," katanya.

Shafie menegaskan demikian ketika berucap di Majlis Sambutan Merdeka Raya dan Kibar Jalur Gemilang di Institut Kemajuan Desa (Infra) di Kajang hari ini.

Dalam ucapannya juga, Shafie yang juga ketua Umno Bahagian Semporna, Sabah berkata beliau mahu meneruskan khidmat dan pengalamannya kepada Umno antara sebab mengapa beliau mahu mempertahankan jawatan tersebut.

NONE "Kalau tuan-tuan beri saya jawatan naib presiden, saya reda. Kalau tolak saya, saya reda," katanya yang juga menteri kemajuan luar bandar dan wilayah.

Antara pemimpin Sabah yang disebut-sebut akan bertanding jawatan naib presiden Umno adalah Datuk Seri Musa Aman.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak dilaporkan berkata Umno negeri itu mempunyai alasan kukuh dan berpendapat bahawa rakan Umno di Semenanjung dapat diyakinkan bahawa Musa pilihan terbaik bagi mengisi satu daripada tiga jawatan naib presiden.

Harap presiden, timbalan tiada pertandingan

Berucap kepada lebih 500 hadirin yang terdiri daripada pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Kebajikan (JKK) peringkat kampung dan persekutuan, Shafie menyuarakan cadangannya supaya jawatan presiden dan timbalan presiden tidak ditandingi.

NONE Katanya, beliau bimbang jika dua jawatan itu ditandingi menyebabkan pepecahan akan berlaku seperti mana yang terjadi sewaktu pertembungan Tun Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh Hamzah.

"Kita sokong Datuk Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin. Saya minta tuan-tuan pastikan tidak ada pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden. Banyak parti hancur kerana imam di atas (bergaduh)," katanya.

Dalam sidang medianya kemudiannya, Shafie berkata beliau tidak takut dengan cabaran daripada mana-mana pihak bagi mempertahankan jawatan itu termasuk Musa bahkan akar umbi matang untuk memilih pemimpin.

"Saya tidak takut. Kalau (akar umbi) beri sokongan kepada saya, Alhamdulillah. Kalau tidak, saya tidak boleh paksa. Dalam perjuangan (parti), ini merupakan satu amalan.

"Jangan rasa takut dan kecewa kerana ini adalah amalan (demokrasi)," katanya.

Sehubungan itu, sempena pemilihan yang bakal berlangsung, beliau berharap tidak berlaku pepecahan sebaliknya memilih pemimpin yang boleh ditonjol dan tempat bergantung demi masa depan parti itu.

ADS