Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Pengumuman untuk memainkan lagu Negaraku dalam panggung wayang di seluruh negara antara 28 Ogos hingga 3 September ini menerima pelbagai reaksi daripada orang awam.

Kebanyakan penonton wayang yang diwawancara Malaysiakini minggu lalu tiada masalah dengan langkah itu.

street interview on cinema negaraku issue 250813 huang rui xiang Bagaimanapun, mereka berpendapat, kerajaan tidak perlu menguatkuasakan Akta Lagu Kebangsaan 1968 kepada pihak yang tidak menunjukkan rasa hormat kepada lagu kebangsaan di ruang awam.

Akta itu memperuntukkan denda tidak lebih RM100 atau hukuman penjara tidak lebih sebulan.

Penerbit filem tempatan Huang Rui Xiang ( kiri ) berkata, pelaksanaan dasar baru kerajaan itu agak "berlebih-lebih".

"Kalau mahu mahu menaikkan semangat patriotisme, ada banyak cara untuk lakukannya," katanya.

"Kita menyanyikan lagu kebangsaan dalam banyak perhimpunan, termasuk Bersih. Tetapi kita masih dipukul oleh kerajaan. Bukankah menyanyi lalu Negaraku itu aktiviti patriotisme juga?"

[Baca berita penuh]

ADS